Friday, 4 December 2009

Tiga Perkara Kesukaan Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W , Empat Khalifah arrosyidin dan Jibrail a.s

Daripada kitab 'Munabbat' yang ditulis oleh Hafiz Ibnu Hajar rahmatullah alaik.  Ia mengisahkan dalam satu majlis semasa bersama-sama dengan para sahabat, Rasulullah s.a.w bersabda,  "Allah subhanata'ala menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini, wangi-wangian, wanita dan solah yang menjadi penyejuk mataku"

Saidina Abu Bakar radiyallahu anhu berkata " Segala yang disabda tuan itu benar. Saya menyukai tiga perkara, melihat wajah Rasulullah s.a.w, harta-bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah s.a.w dan anak perempuanku (Saiyadatina Aisyah) dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w.

Kata Saidina Umar radhiayallhu anhu , "Benar wahai Abu Bakar saya juga menyukai tiga perkara, iaitu amar bil ma' ruf (menyuruh berbuat baik), nahi 'anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan memakai pakaian yang usang.

Saidina Uthman radiayallahu anhu berkata " Segala yang kamu kata itu benar, wahai Umar saya juga menyukai tiga perkara iaitu memberi makanan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan membaca al Quran."

Kata Saidina Ali radhiyallahu anhu " Segala yang dikatakan oleh kamu itu benar wahai Uthman, Saya juga menyukai tiga perkara iaitu melayani tetamu, berpuasa pada hari yang panas dan memancung kepala musuh"

Pada ketika itu Jibrail alaihis salam muncul lalu berkata " Saya dihantar oleh Allah subhanawata'ala supaya memberitahu kamu tiga perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia."  Baginda s.a.w berkata, " Beritahulah."  Jibrail alaihis salam berkata " Memimpin orang yang sesat, mengasihi orang miskin yang soleh dan membantu orang miskin yang ramai anak."

Jibrail a.s berkata lagi, " Allah s.w.t menyukai tiga perkara daripada hanbaNya iaitu menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah s.w.t, menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat dan bersabar semasa ditimpa kesempitan."

No comments: